Pengurus aset dari Amerika Syarikat, Blue Owl beli 12 hospital swasta di UK dimiliki KWSP bernilai RM7.5 bilion

LocalBusiness & Finance
8 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengurus aset dari Amerika Syarikat, Blue Owl beli 12 hospital swasta di UK dimiliki KWSP bernilai RM7.5 bilion Image from: Pengurus aset dari Amerika Syarikat, Blue Owl beli 12 hospital swasta di UK dimiliki KWSP bernilai RM7.5 bilion amree08/07/2026 - 15:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 JulaiBlue Owl Capital Inc memperoleh portfolio 12 hospital swasta di Britain dimiliki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bernilai £1.3 bilion (kira-kira RM7.5 bilion).

 

Memetik laporan Bloomberg, langkah pembelian oleh pengurus aset alternatif dari Amerika Syarikat (AS) itu mencerminkan minat pelabur yang terus kukuh terhadap aset hartanah penjagaan kesihatan.

 

Portfolio rangkaian hospital di United Kingdom (UK) berkenaan jelasnya, pada ketika ini sudah diambil alih oleh Blue Owl menerusi sumber dana daripada European Net Lease Fund miliknya sendiri.

 

"Menurut sumber yang mengetahui urus niaga tersebut, hartanah berkenaan yang sebelum ini dimiliki KWSP akan terus diuruskan oleh firma Moor Park Capital Partners sebagai pengurus aset," katanya.

 

Laporan Bloomberg tersebut berkata, KWSP sebelum ini pernah melantik Knight Frank pada tahun lalu bagi melaksanakan segala proses penjualan portfolio hospital swasta berkenaan dengan lancar.

 

Bagaimanapun ujarnya, Blue Owl dan Moor Park Capital enggan memberi ulasan mengenai transaksi itu, manakala KWSP belum ada sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.

 

Artikel berkaitan: KWSP dikatakan mahu jual portfolio hospital swasta di UK bernilai RM8.06 bilion

 

KWSP hospital swasta Britain

 

Katanya, meskipun aktiviti urus niaga hartanah komersial susut sejak tamat era kadar faedah rendah, aset yang ada pajakan jangka panjang dan dikaitkan inflasi terus menjadi pilihan pelabur.

 

"Keadaan itu memacu peningkatan minat ke atas hartanah penjagaan kesihatan kerana penyewa terdiri daripada organisasi yang disokong kerajaan atau institusi berkaitan kerajaan," kata Bloomberg.

 

Ia sekali gus menawarkan aliran pendapatan lebih stabil, manakala Blue Owl membuat pelaburan itu melalui European Net Lease Fund yang telah mengumpulkan dana kira-kira €1.3 bilion setakat ini.

 

Pada masa sama ujarnya, sektor hartanah penjagaan kesihatan di Britain terus menyaksikan aktiviti korporat yang semakin rancak, termasuk pengambilalihan Assura oleh Primary Health Properties Plc.

 

Sebelum itu kata Bloomberg, berlaku persaingan tawaran dengan KKR & Co, sementara proses rundingan penjualan ekuiti portfolio hospital swasta bernilai £700 juta turut melibatkan Singapore GIC Pte.

 

"Permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan swasta di Britain juga naik berikutan tekanan dihadapi hospital awam dalam mengurangkan senarai menunggu rawatan selepas tamat wabak Cobvid-19," katanya.

 

Laporan itu menyifatkan transaksi Blue Owl sebagai antara bukti aset penjagaan kesihatan kekal menjadi pilihan pelabur institusi global yang mencari pulangan stabil daripada inflasi. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved