Sunway beli tanah di Singapura, bangunkan projek kediaman premium RM2.4 bilion

Business & FinanceProperty
23 Jun 2026 • 6:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sunway beli tanah di Singapura, bangunkan projek kediaman premium RM2.4 bilion Image from: Sunway beli tanah di Singapura, bangunkan projek kediaman premium RM2.4 bilion amree23/06/2026 - 18:10 Foto kredit Jisun Han / Unsplash+ Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 JunSunway Berhad akan memajukan projek pembangunan strategik di Singapura selepas membeli tanah bagi projek kediaman premium bernilai S$750.57 juta (kira-kira RM2.4 bilion). 

 

Ia susulan Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Singapura (URA) menganugerahkan tanah seluas 11,516 meter persegi kepada SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3) dan CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu menambah, pemerolehan tanah pajakan selama 99 tahun tersebut berikutan kejayaan proses bidaan secara bersama yang dikemukakan kedua-dua pihak.

 

"Tanah di River Valley Green itu akan dibangunkan menerusi syarikat usaha sama (JV) yang bakal dibentuk dengan SMCLH3 memegang ekuiti sebanyak 60% manakala baki 40% dimiliki CSC," kata Sunway.

 

Jelas kumpulan berkenaan, SMCLH3 merupakan sebuah anak syarikat tidak langsung milik penuhnya sendiri, manakala CSC ialah syarikat pembangunan hartanah yang sedia berpangkalan di Singapura.

 

Projek pembangunan kediaman premium berkenaan ujar kumpulan tersebut, dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan yang bermula pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2029 (FY29) kelak.

 

Menurut Sunway, projek itu tertakluk kepada risiko biasa industri pembangunan hartanah dan pembinaan termasuk turun naik harga bahan mentah, perubahan kadar faedah serta kitaran pasaran hartanah.

 

"Bagaimanapun, risiko-risiko tersebut dijangka dapat dikurangkan menerusi pengalaman dan rekod prestasi kukuh Sunway Group serta CSC dalam sektor pembangunan hartanah," kata kumpulan itu.

 

Ia turut mengesahkan tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam projek itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved