Pengurus hotel beritahu mangsa keluar hotel antara jam 6 – 7 malam

23 Jan 2024 • 10:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pemandu e-hailing yang ditemui mati dibunuh dikatakan keluar daripada sebuah hotel penginapannya di sini, di antara jam 6 hingga 7 petang pada 13 Januari 2023 lalu, Mahkamah Tinggi Tawau diberitahu, pada Isnin.

Untuk rekod, tarikh tersebut merupakan hari sama mangsa dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara 7.30 - 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Perkara itu dinyatakan saksi pendakwaan ke-14, Adam Lim Kah Keat, 30, yang merupakan pengurus hotel berkenaan ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rohaiza Abd Rahman.

Saksi memberitahu dia mengetahui perkara itu melalui sistem hotel yang diperiksanya.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Dalam pada itu, pihak pendakwaan turut memainkan sembilan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di hotel berkenaan yang memaparkan pergerakan masuk seorang lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, saksi itu tidak dapat mengecam individu berkenaan.

Katanya, hotel tersebut mempunyai 16 CCTV dan sebuah decorder bagi memastikan keselamatan dan pergerakan di hotel berkenaan yang merupakan milik bapanya.

Kepada soalan semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi memberitahu dia tidak pasti samada mangsa keluar dari hotel seorang diri, namun menyatakan waktu lelaki itu keluar adalah lebih kurang jam 6 ke 7 petang.

Perbicaraan hari kelima berlangsung pagi dan disambung petang, dijalankan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Tertuduh, bekas Ketua Staf Perisikan Esscom Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, berdepan dua pertuduhan bersubahat dengan enam tertuduh lain – Rosdi Kastam, 44, Dennis Ak Anit, 44, Fabian Runggam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan Vivien Fabian, 34 (orang awam) membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara 7.30 - 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Mat Zaki turut dituduh bersubahat dengan John Kennedy Ak Sanggah membunuh mangsa pada masa dan lokasi sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan disebat tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tujuh tertuduh lain pula didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan dikenakan sebat tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.