Pengurus HR Tinggalkan 'Catatan Terakhir' Di LinkedIn Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

Lifestyle
10 May 2026 • 7:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pengurus HR Tinggalkan 'Catatan Terakhir' Di LinkedIn Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pengurus HR Tinggalkan 'Catatan Terakhir' Di LinkedIn Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

Catatan terakhir di LinkedIn daripada seorang pengurus sumber manusia di Singapura ternyata telah menyentuh hati ramai orang.

Grace Seah Zong Ling, 41, disahkan meninggal dunia akibat kanser pada 7 Mei lalu, lapor Stomp.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan dan insan tersayang atas sokongan yang diberikan sepanjang hidupnya, sambil menyatakan rasa 'sangat bertuah' kerana pernah memiliki mereka dalam hidupnya.

“Terima kasih atas persahabatan, kasih sayang dan kebaikan anda. Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai anda dalam hidup saya,” tulisnya.

Menerusi profil LinkedIn, beliau bekerja sebagai penolong pengurus Sumber Manusia di Estée Lauder sejak 2015 dan disahkan menghidap kanser pada 2018, yang kemudiannya menjadi tidak lagi boleh dirawat pada November 2025.

Lebih menyayat hati, beliau turut melalui proses perceraian sepanjang perjuangannya melawan penyakit tersebut.

Image from: Pengurus HR Tinggalkan 'Catatan Terakhir' Di LinkedIn Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

Sempat meluahkan rasa syukur

Grace Seah turut meluahkan rasa syukur terhadap sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga yang sentiasa bersamanya sepanjang menghadapi dugaan tersebut.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan yang mendalam kepada mereka atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan.

Menerusi hantaran lagi, Grace Seah berharap orang tersayang dapat menghadiri upacara pengebumiannya, malah berharap menjadi ruang untuk mereka saling berhubung semula.

Image from: Pengurus HR Tinggalkan 'Catatan Terakhir' Di LinkedIn Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

“Jika anda tidak dapat hadir, tidak mengapa juga. Cuma janji dengan saya, anda akan meluangkan masa itu bersama orang tersayang. Jangan bersedih seorang diri, ya?” katanya.

Dalam penghormatan kepada mereka yang pernah bertemu dengannya sepanjang hayat, beliau menulis bahawa kematian menamatkan kehidupan, namun tidak memutuskan cinta atau hubungan.

Beliau turut meninggalkan seorang anak perempuan

Menurut Stomp lagi, beliau turut berpesan agar dirinya dikenang melalui detik-detik lucu dan kenangan yang pernah dikongsi bersama.

Di penghujung catatannya, Grace Seah mendedahkan bahawa beliau meninggalkan seorang anak perempuan bernama Kara. Dalam pesanan terakhir kepada insan tersayang, beliau meminta mereka untuk “membimbing” Kara ketika dia membesar menjadi dirinya sendiri.

“Ajar dia untuk bersikap baik kepada orang lain dan juga kepada dirinya sendiri. Dan apabila dia terlupa, ingatkan dia bahawa saya sangat, sangat menyayanginya," ujarnya lagi.

Baca juga:

View Original Article