Pengurus MU Dakwa Jet Lag Punca Pemain ‘Struggle’ Dalam Perlawanan

LocalFootball
30 May 2025 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengatakan bahawa pasukannya tidak boleh bersembunyi selepas mereka teruk dikecam ketika ingin keluar padang selepas kekalahan di Malaysia, kelmarin.

Selepas 3 hari menamatkan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) terburuk mereka di tangga ke-15, pasukan MU telah memulakan jelajah Asia dengan kekalahan 0-1 kepada Asean All-Stars di Kuala Lumpur. Lebih daripada 72,000 penyokong meluahkan rasa tidak puas hati dengan perlawanan tersebut.

“Memang sukar untuk berdepan dengan penyokong di seluruh dunia (selepas musim yang teruk), jelas sekali kami tidak boleh bersembunyi.”

“Jika ada satu perkara yang benar-benar penting di kelab ini, kami perlu berdepan dengan penyokong ketika saat sebegini, dan memberikan sesuatu kepada penyokong kami di seluruh dunia. Kami mahu melakukannya, tetapi kadang-kadang ia sangat sukar.”

“Kami tidak benar-benar fokus dalam perlawanan terakhir (pada Rabu), semua orang boleh merasakannya. Dalam situasi itu, saya faham perasaan penyokong dan pemain.”

Memetik laporan Harian Metro, Harry Maguire, Andre Onana dan Diogo Dalot tidak akan beraksi dalam perlawanan malam ini kerana mereka terbang ke India untuk menghadiri acara penaja kelab.

Dalam pada itu, Amorim turut mengesahkan Luke Shaw tidak akan bermain, Matthijs de Ligt, Mason Mount dan Joshua Zirkzee tidak beraksi di Malaysia, tetapi jurulatih dari Portugal itu memaklumkan mereka berada dalam keadaan cergas sepenuhnya di Stadium Hong Kong untuk perlawanan terakhir jelajah itu.

image is not available

“Sudah tentu pasukan keletihan kerana kami terbang ke Malaysia dan dengan kesan jet lag, kami bermain dalam keadaan yang sukar,” kata Amorim.

“Tetapi kami sudah bersedia untuk bermain semula dan sangat gembira berada di sini.”

Sementara itu, jurulatih Hong Kong, Ashley Westwood, bekas pemain akademi United telah menyatakan bahawa pasukan Amorim lebih gemar berehat selepas musim tamat berbanding bermain dan mengembara.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.