
Kota Kinabalu: Seorang pengurus syarikat Pemberi Pinjam Wang didenda RM4,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana menyimpan MyKad milik orang lain.
Alvin Ho, 29, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan memiliki kad pengenalan kepunyaan Ariel Yeremiah tanpa kebenaran sah atau sebab munasabah di Pejabat Risikan Operasi BSJK Ibu Pejabat Polis di sini pukul 3.50 petang pada 4 Jan tahun, ini.
Ho melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan Inspektor Kelvan Elson Maik, memaklumkan mahkamah bahawa tiga bulan sebelum itu, pada 5 Okt, 2023, Ariel bagi pihak anak saudaranya membuat pinjaman di sebuah syarikat pemberi pinjam wang di Jalan Gaya dan menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada anak saudaranya.
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more Pada 6 Dis, tahun sama ketika Ariel berada di tempat kerjanya, dia didatangi pengurus syarikat itu bernama Lo, yang mengambil kad pengenalannya dan memberitahu dokumen itu hanya akan dikembalikan kepadanya apabila semua hutang pinjaman diselesaikan.
Ho datang berbincang dan meminta Ariel menjelaskan bayaran pinjaman kerana Ariel didapati tidak membayar ansuran bulanan sebanyak RM450 untuk pinjaman itu atas alasan dia membuat pinjaman bagi pihak anak saudaranya, mahkamah diberitahu.
Ariel kemudiannya membuat laporan polis untuk keselamatan maklumat dan tindakan lanjut polis.
Ho ditahan polis pada 4 Jan tahun ini dan didapati memiliki kad pengenalan pengadu serta mengaku mengambil serta menyimpannya, kata pendakwaan.
Tidak diwakili, Ho merayu hukuman ringan kerana dia menyesali kesilapannya, memberi kerjasama penuh kepada polis semasa siasatan dan mempunyai komitmen keluarga.
Pendakwaan memohon hukuman pencegahan.
Mahkamah memerintahkan MyKad itu dikembalikan kepada pemiliknya seperti yang diminta oleh pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
