Pengurus syarikat rugi RM1.1 juta diperdaya sindiket kerja sambilan

20 Sep 2023 • 5:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Seorang pengurus sebuah syarikat mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan komisen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 52 tahun dari Pandan Indah, Ampang Jaya itu pada mulanya dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp awal Ogos lepas.

“Suspek menawarkan kepada pengadu kerja sambilan secara dalam talian. Mangsa diberikan pautan dan diminta membeli barang yang dijanjikan pulangan komisen. Mangsa mendakwa pernah menerima wang komisen berjumlah US$100.

“Selepas itu, pengadu membuat bayaran pembelian barang ke dalam 14 akaun bank berbeza, namun sehingga kini tidak mendapat komisen yang dijanjikan dan mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM1,100,431,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan tawaran yang tidak pasti dan semak kesahihan urus niaga terlebih dahulu.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved