Pengurus tapak didakwa rogol anak dibicara 13 Mac

29 Jul 2022 • 12:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pengurus tapak berusia 44 tahun yang didakwa merogol anaknya, akan dibicara pada 13 – 14 Mac tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh lelaki itu apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa laporan ahli kimia dan perubatan sudah sedia.

Mahkamah juga menetapkan satu lagi tarikh sebutan lanjut pada 27 Jan tahun depan.

Lelaki itu didakwa merogol anak perempuannya berusia 11 tahun pada jam 1.57 tengah hari 30 Dis 2021 di sebuah rumah di Inanam.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah melanjutkan ikat jamin yang ditawarkan kepada lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin hadir untuk pendakwaan manakala peguam Bartholomew Jinggulam mewakili lelaki itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.