Pengurusan warden asrama perlu dikaji 

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 8:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengurusan warden asrama perlu dikaji 

PETALING JAYA: Kajian menyeluruh terhadap sistem pengurusan warden di sekolah berasrama perlu dibuat bagi mengenal pasti kelemahan pengawasan serta memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, kajian itu penting bagi menilai keberkesanan sistem pengawasan sedia ada selain mengenal pasti keperluan penambahbaikan dari segi jumlah warden, pembantu warden dan nisbah petugas dengan penghuni asrama. 

“Laporan itu membolehkan pihak berwajib mengenal pasti sekolah yang mempunyai sistem pengurusan baik serta institusi yang masih memerlukan penambahbaikan.

“Selain itu, penambahan jumlah warden dan pembantu warden juga wajar dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan, khususnya dalam aspek keselamatan, kesejahteraan pelajar serta menangani isu buli dan gangsterisme yang semakin membimbangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Mengulas cadangan melantik bekas anggota tentera atau pegawai keselamatan sebagai ketua warden, beliau berkata, pihaknya menyokong cadangan itu sekiranya calon berkenaan memenuhi kesesuaian dan diberikan latihan sewajarnya.

Bagaimanapun, katanya, pemilihan calon perlu mengambil kira faktor umur, tahap kesihatan serta latihan awal kerana pengalaman dalam pasukan beruniform tidak semestinya menjamin kesesuaian seseorang untuk mengendalikan pelajar sekolah.

 

The post Pengurusan warden asrama perlu dikaji  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved