Pengusaha pelancongan diminta elak luah rasa tidak puas hati di media sosial

25 Jun 2023 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai mengingatkan pengusaha pelancongan agar tidak menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan aduan atau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengunjung.

Joniston yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, menekankan kepentingan mengekalkan pendekatan atau sikap profesional serta mempunyai ciri penyelesaian kepada isu dihadapi pelanggan.

Katanya yang mengakui tindak balas emosi berlaku semula jadi ketika situasi mencabar, beliau turut menggesa pengusaha supaya tidak membiarkan perasaan mereka dibimbing berdasarkan kenyataan pengguna media sosial kerana mereka boleh mencetuskan provokasi orang lain dan menegangkan situasi.