Pengusaha Rumah Perlindungan Haiwan Sanggup Jaga 40 Kucing Adibah Noor Secara Percuma

Entertainment
20 Jun 2022 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam kita telah dikejutkan dengan pemergian penyanyi tersohor tanah air iaitu Adibah Noor yang telah menanggung sakit kanser ovari tahap 4. Selain berbakat besar dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan, beliau juga merupakan seorang pencinta kucing.

Arwah sangat mencintai kucing sehinggakan dia sendiri memiliki lebih 40 ekor kucing di rumahnya. Arwah juga tidak pernah berkira untuk menghabiskan duit demi keperluan si bulusnya. Susulan pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, banyak pihak mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap nasib semua kucing peliharaan Adibah.

image is not available

Perkara ini kemudian menjentik hati seorang penjaga rumah perlindungan haiwan, Hashman Don untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing-kucing milik arwah.

Dalam satu perkongsian oleh Hashman di Facebook Rumah Amanah (Anugerah Mahligai Arah Nasib Haiwan), dia menyuarakan kesediaannya untuk menjaga semua kucing peliharaan Adibah sekiranya tiada pihak mahu membelanya.

image is not available

Menurut beliau, tiada masalah jika kucing arwah nak berteduh di Rumah Amanah dan katanya, sepanjang lebih 3 tahun mengendalikan rumah tumpangan kucing, pihaknya harus cakna tentang pemergian pemilik haiwan peliharaan berkenaan.

Bukan itu sahaja, menurut Hashman lagi, dia menyatakan bahawa tiada sebarang cas atau bayaran dikenakan untuk menjaga kucing tersebut jika tiada waris yang datang menuntut hak penjagaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh hati dengan kenyataan Hashman serta berterima kasih kerana sanggup menawarkan diri menguruskan kucing-kucing arwah dengan jumlah yang banyak.

image is not available

Contohilah sikap pemilik rumah tumpangan kucing ni! Sangat pemurah hati dan langsung tak berkira!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.