Peniaga air pilih bersedekah ke surau

LocalFood
11 Mar 2026 • 7:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurshamime (dua dari kiri) ketika ditemui di tapak jualan minuman di Bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh.

IPOH – “Kalau ada air yang tidak habis, biasanya dalam 20 hingga 40 bungkus, kami akan terus bawa dan sedekahkan ke surau-surau berdekatan.”

Demikian kata seorang peniaga air, Nurshamime Pauzi, 31, yang mempunyai pengalaman 10 tahun berniaga di Bazar Ramadan Stadium Perak di sini.

Menurut pengasas Alif Rozi Pure Juice itu, secara purata hampir 50 balang air mampu terjual setiap hari terutama pada hujung minggu.

“Air minuman yang tidak habis tidak akan dibuang. Kita akan pastikan ia dimanfaatkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujar Nurshamime, meskipun jualan menjadi fokus utama, namun amalan bersedekah tetap menjadi rutin setiap kali Ramadan sebagai usaha kecil mengurangkan pembaziran.

Selain di Stadium Perak, beliau turut berniaga di Bazar Ramadan Taman Cempaka dan Bulatan Sultan Azlan Shah dengan jualan 10 jenis air pada harga antara RM4 hingga RM10 bergantung kepada kuantiti.

“Air mangga paling laris. Harga terpaksa dinaikkan sedikit daripada RM8 kepada RM10 kerana kos buah mangga sangat tinggi.

“Tetapi tahun ini kami memperkenalkan cabutan bertuah khas untuk pelanggan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan,” katanya.