Peniaga ayam gunting rugi hampir RM20,000, ditipu Zaharah, Maznah

LocalBusiness & Finance
18 May 2025 • 12:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA TERENGGANU, 18 MEI: Peniaga ayam gunting kerugian RM19,050 selepas diperdaya skim pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa wanita berusia 38 tahun melihat iklan pelaburan saham melalui laman sosial Facebook pada 15 April lalu.

Beliau berkata mangsa yang tertarik menghubungi suspek dan dijanjikan pulangan keuntungan RM20,060 dengan modal hanya RM300.

“Setelah mangsa membuat bayaran, dua suspek wanita yang dikenali sebagai Zaharah dan Maznah meminta mangsa membuat sejumlah bayaran lagi bagi mengeluarkan keuntungan berkenaan.

“Mangsa membuat enam kali bayaran menggunakan wang simpanan, gadaian barang kemas dan pinjaman, namun masih belum diberi bayaran keuntungan selepas lebih sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang mengesyaki ditipu membuat laporan polis 8 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved