Peniaga ayam maut kereta bertembung lori

20 Jul 2025 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta yang dipandu mangsa remuk akibat kemalangan tersebut. Foto ihsan PDRM

image is not available
Pemandu lori iaitu lelaki berusia 61 tahun tidak mengalami kecederaan. Foto ihsan PDRM

ROMPIN – Seorang peniaga ayam segar maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 149 Jalan Kuantan–Segamat, dekat simpang Selancar di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shain Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Ab Hamid Md Saman, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah rumahnya di Felda Keratong 1 menuju ke Segamat untuk mengambil bekalan ayam segar.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong bertentangan sebelum melanggar lori yang datang dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

**media[3208632]**

Ujarnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bedah siasat dilakukan di Hospital Muadzam Shah dan siasatan lanjut sedang diteruskan," tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.