Peniaga Dikecam Jual ‘Thai Omellete’ RM13, Ini Penjelasannya

FoodCooking
28 Aug 2023 • 2:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di TikTok, kecoh diperkatakan mengenai menu ‘Thai Omellete’ yang dikatakan dijual dengan harga yang tak logik. Difahamkan, sebelum ini menu itu dijual dengan harga RM8 kini dinaikkan kepada RM13.

Di ruangan komen, orang ramai mempersoalkan mengenai kenaikan harga tersebut. Kata netizen, untuk tiga biji telur ianya sangatlah mahal.

image is not available
Kredit: TikTok Dania Sedek

image is not available

Menjelaskan isu tersebut, peniaga ini berkata, harga yang diletakkan adalah terbaik selepas mempertimbangkan semua kos.

Bahan-bahan yang digunakan adalah telur gred AA sebanyak 3 biji, cili padi merah dan hijau, daun bawang, Thai basil, bawang ros, sos ikan Thai dan bahan perasa.

Telur dadar itu kemudian dihidangkan dengan taugeh Ipoh yang segar dan sos Prik Nam Pla. Katanya, bagi peminat ‘Thai Omellete’, mereka pasti akan berpuas hati dengan menu ‘Omellete Thai Witk Prik Nam Pla’ yang dijualnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Penjelasan itu bagaimanapun tidak disambut baik netizen. Mereka tetap merasakan ianya tak masuk akal melainkan telur ditambah protein lain seperti udang atau tiram.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.