Telur Dadar ‘Premium’, Peniaga Tampil Pertahankan Harga RM13 Siap Ada Taugeh Dan Sos Thai

28 Aug 2023 • 6:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘3 biji telur RM13…mahal yakmat’ – netizen

Telur Dadar ‘Premium’, Peniaga Tampil Pertahankan Harga RM13 Siap Ada Taugeh Dan Sos Thai. Rasanya semua sedia maklum bahawa kos harga makanan makin lama makin meningkat.

Pun begitu, tak salah jika sesekali kita nak makan di kedai. Baru-baru ini heboh di laman sosial di mana netizen mengecam pemilik sebuah gerai makanan kerana didakwa menjual menu telur dadar ‘premium’ dengan harga tidak masuk akal.

image is not available
Telur Dadar ‘Premium’, Peniaga Tampil Pertahankan Harga RM13 Siap Ada Taugeh Dan Sos Thai

Dalam versi terkini ini, dia menambahkan sos Thai yang istimewa serta taugeh.

Pemilik gerai, yang tular di laman Tiktok, dikritik hebat kerana menetapkan harga Omelette Thai sebanyak RM13, yang dianggap oleh beberapa pihak sebagai tidak munasabah.

Melalui sebuah video di TikTok, beliau membela diri dengan menerangkan baha-bahan dalam masakan Omelette Thai yang dijualnya. Menurutnya, harga RM13 adalah hasil dari pemerhatian dan tinjauan terhadap pasaran.

Lebih lanjut, Dania menyatakan bahwa masakan Omelette Thai miliknya memang berpatutan, terutama jika dibandingkan dengan harga awalnya sebelum ini yang ialah RM8. Dalam versi terkini ini, dia menambahkan sos Thai yang istimewa serta taugeh.

image is not available

“sy keja hotel sy tau omelette tu mcm mna…dia kena moist dkt dlm…tp yg akak buat tu bkn omelette tp fried eggs” – netizen

Harga RM13 yang saya letak ni saya dah tinjau kat luar macam mana orang letak, macam mana orang buat dan macam mana orang masak. Daripada mula-mula saya letak harga dulu RM8, sekarang RM13 ni ada taugeh, Prik Nam Pla (sos Thai) dan bahan tambahan. Kali ini insya-Allah lebih berbaloi.” ujar wanita yang mengusahakan kedai makanan Thailand di Ipoh, Perak itu.

Dania juga menegaskan bahawa harga RM13 ini tidak hanya merujuk pada telur, tetapi juga termasuk kos lain seperti minyak masak, bekas makanan, dan bahan-bahan masakan lain. Dia menambahkan bahwa sebelum menetapkan harga RM13, dia telah melakukan survei, termasuk di Thailand sendiri.

Walau bagaimanapun, kritikan pedas terus berdatangan. Tidak hanya di TikTok, tetapi juga di Twitter, netizen berdebat tentang isu ini, menganggap harga yang ditetapkan oleh Dania sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: