Peniaga Durian Dedah Raih Untung Sehingga RM15,000 Lepas Video Tak Berbaju Tular

Entertainment
12 Jul 2024 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video memaparkan peniaga durian tidak berbaju dan telah menimbulkan pelbagai kritikan netizen yang menyifatkan tindakan mereka itu sebagai publisiti murahan.

Peniaga tersebut, Muhamad Hairul Hafiz berkata dia dan rakan-rakan tidak menyangka video mereka tidak berbaju itu akan tular dan mendapat perhatian.

image is not available

 

Untung sehingga RM15K lepas video tular

Hairul berkata mereka sebenarnya sentiasa memakai baju ketika menjual durian namun disebabkan cuaca yang panas, mereka bertindak spontan dengan membuka baju masing-masing.

Bagaimanapun, dia akui perkara itu menjadi pelaris jualan mereka apabila kini jumlah durian yang dijual setiap hari mencecah 1.5 tan dan video tular tersebut menjadi asbab mereka mendapat untung sekitar RM10,000 hingga RM15,000.

image is not available

Menerima pelanggan dalam kalangan warga tempatan dan pelancong asing, Hairul menganggap video tular itu membawa rezeki yang tidak mereka sangka.

 

Mohon maaf

Sementara itu, rakannya pula bernama Irfan berkata mereka mendapat pelbagai kecaman akibat daripada tindakan menjual durian tanpa memakai baju.

Katanya, netizen menganggap mereka sengaja berbuat begitu untuk viral semata-mata dan memberi pengaruh tidak baik kepada masyarakat.

Irfan dan rakan-rakan turut meminta maaf selepas apa yang telah berlaku dan berharap agar orang ramai mengambil iktibas daripada kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Kami tak sangka konten menjadi viral. Kami tidak pernah menyokong konten yang negatif atau tak baik. Dan apa yang berlaku adalah tidak sengaja.

Kami cuma boleh memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa. Kami sebenarnya mahu memuat naik ia sebagai konten bagi tujuan hiburan semata mata.

image is not available 1 week ago

Pilih Yang Ringan & Berbentuk Bulat, Ini Tips Buat Anda Yang Nak Beli Durian Agar Tak Tertipu!