Tiada pasangan? Gerai tawar durian percuma untuk pelanggan ‘single’

12 Jul 2024 • 2:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial satu video memaparkan sebuah gerai menawarkan durian percuma buat individu single atau masih belum mempunyai pasangan.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Echa_acha telah memuat naik satu video memaparkan rakannya yang sedang memegang sebuah papan tanda kecil.

Durian percuma untuk pelanggan single

@echa_achaa

Korang yang single cepat pegi claim durian free ok !

♬ original sound – Echaaaaaaaaaaaaaa – Echaaaaaaaaaaaaaa

Pada papan tanda itu, tertulis harga durian namun apa yang menarik perhatian adalah perkataan ‘kalau single, dapat free’ yang ditulis pada papan tanda sama.

Bagi memastikan perkara tersebut, individu yang memuat naik video itu kemudian bertanya kepada pekerja di gerai itu sekiranya perkara itu benar.

“Abang, betul ke kalau single dapat free?” katanya.

image is not available

Pekerja-pekerja di gerai itu kemudian menjawab soalan tersebut dengan serentak lalu mengiyakan soalan individu itu disamping berkata mereka perlu datang membeli berseorangan.

Namun, apa yang lebih menarik adalah tawaran itu tidak terhad kepada satu jenis durian sahaja kerana papan tanda mengandungi perkataan sama turut tergantung pada durian jenis lain.

Tidak cukup dengan itu, pekerja di gerai juga menyatakan tawaran tersebut terbuka kepada semua pelanggan tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya tetap akan menerima durian percuma.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan cara promosi daripada gerai tersebut disamping berkata mahu datang kerana mereka single.

Yang tak single auto single

image is not available

Petang ni saya sampai!

image is not available

Takut ramai yang putus cinta je

image is not available

Patutlah ramai semalam, ramai single rupanya

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang berseloroh syarat tersebut diletakkan kerana pekerja di gerai berkenaan mahu mencari calon buat diri mereka.

Free calon juga kan

image is not available

Jual durian ke nak pilih pasangan?

image is not available

Nak bersanding nanti jamuan durian

image is not available

Abang2 ni cuba mencari jodoh ke?

image is not available

Wahh, siapa single boleh cepat2 serbu!!

Sumber: TikTok Echa_achaa