
KOTA BHARU – Seorang bapa tidak sangka akan kehilangan dua anaknya serentak kerana terbabit dalam kemalangan di Kampung Tendong, Pasir Mas dekat sini, petang tadi.
Saiful Nizam Abdul Sani, 42, dia yang juga peniaga kuih berkata, dia tidak menyangka telah kehilangan dua anaknya serentak.
Menurutnya, biasanya dia yang mengambil anaknya tapi hari ini, dia menyuruh anak sulungnya Muhammad Saiful Haikal, 18, mengambil adiknya Muhammad Saiful Haidar, 10 tahun.
“Sebelum itu Muhammad Saiful Haikal pulang mengambil adiknya Muhammad Saiful Ayyan, 6, sebelum tertidur di rumah.
“Saya menyuruh anak kedua saya, Muhammad Saiful Arrash, 14, supaya mengejutkan abangnya untuk mengambil Muhammad Saiful Haidar di sekolah.
“Pada masa dia membawa Muhammad Saiful Ayyan dan tiba-tiba saya menerima panggilan telefon memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II(HRPZ II) Kota Bharu di sini, hari ini.
The post Peniaga kuih pilu hilang dua anak serentak appeared first on Kosmo Online.






