Peniaga letak syarat jual gula pasir akan diambil tindakan

2 Sep 2023 • 8:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

PADANG BESAR, 2 SEPT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyiasat secara terperinci berkaitan aduan pengguna bahawa terdapat premis perniagaan menjual gula pasir secara bersyarat.

Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof berkata setakat ini pihaknya menerima aduan di Perlis, Kelantan dan Perak.

“Kita (KPDN) tidak akan berdiam dalam perkara ini dan peniaga yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Pelancaran Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Perlis dan Karnival Hero Pengguna Peringkat Perlis di Arked Wang Kelian di sini hari ini.

Azman berkata pihaknya akan mengumumkan hasil siasatan itu selepas ini.

Media baru-baru ini melaporkan KPDN Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Batu Gajah pada 25 Ogos lepas kerana menjual gula pasir secara bersyarat.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved