Program Jualan Rahmah Antara Punca Kekurangan Minyak Masak Bersubsidi

29 Aug 2023 • 5:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Program Jualan Rahmah dipercayai menjadi salah satu faktor kepada kekurangan minyak masak bersubsidi yang berlaku di beberapa kawasan ketika ini.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof, sebelum ini 60,000 tan metrik untuk sebulan adalah mencukupi untuk keperluan isi rumah.

image is not available

Pun begitu, barang keperluan pengguna itu didapati semakin berkurangan untuk kegunaan tujuan lain selepas kajian dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Sebagai contoh dalam Program Jualan Rahmah. Ini bermakna minyak masak bersubsidi di peringkat peruncitan ini turut digunakan di kempen khas. Selain itu terdapat juga faktor lain.

“Bagaimanapun, ketika ini kita sedang bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pertambahan (kuota) dan bergantung kepada keputusan kerajaan (untuk menambah kuota).

“Kita akan cuba atasi masalah bekalan khususnya di peringkat peruncitan supaya rakyat yang layak dapat minyak masak bersubsidi ini,” katanya.

image is not available

Ujarnya lagi, masalah kekurangan minyak masak bersubsidi adalah satu jangka masa pendek dan bakal mengambil tindakan seajarnya dengan pihak KPDN.

“Namun, KPDN akan berunding dengan pengeluar minyak masak supaya membekalkan minyak masak di tempat yang berlaku kekurangan,” jelasnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Tuty Haryanti Ahmad Rodzi)