
Kebelakangan ini banyak kes lembu terlepas di jalan besar atau lebuh raya seperti mana yang tular di media sosial.
Terbaru, seorang peniaga menemui ajal apabila terlibat dalam kemalangan selepas melanggar seekor lembu di Kilometer (KM) 24.9 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh.
Artikel berkaitan: “Nak join lah tu” – Keluarga Diganggu Lembu Ketika Berkelah Buat Orang Ramai Geli Hati
Artikel berkaitan: Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat Kemalangan, Terjunam Ke Bawah Cerun, 2 Maut
Kejadian yang berlaku pada 4.55 pagi semalam itu menyebabkan mangsa yang berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta di lorong paling kanan.
“Kenderaan mangsa terlanggar seekor lembu yang turut berada di lorong paling kanan sebelum terbabas melanggar besi pembahagi di tengah laluan lebuh raya.
Pemandu kereta, seorang lelaki berusia 30 tahun parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, siasatan bagi kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebagai info, kemalangan membabitkan lembu itu merupakan kejadian kedua yang dilaporkan berlaku dalam tempoh dua hari, membabitkan haiwan ternakan itu.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

