Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud

LocalBusiness & Finance
28 Jun 2025 • 9:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932,300 selepas ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932,300 selepas ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 28 Mei lepas mangsa yang berusia 52 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada seorang suspek lelaki yang mendakwa sebagai wakil sebuah kolej di daerah Kemaman.

Beliau berkata, suspek menawarkan tender tertutup bagi membekal dan menghantar alat jana kuasa jenis mudah alih kepada mangsa.

"Mangsa telah membuat bayaran deposit ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri.

"Bagaimanapun, setelah membuat semakan dengan pihak kolej, mangsa mendapati tiada tawaran tender dibuka seperti didakwa suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Azli berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 11.53 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved