Peniaga rugi RM1.1 juta terpedaya tawaran kerja tidak wujud

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2025 • 11:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang peniaga di Johor rugi RM1.1 juta selepas diperdaya tawaran kerja dalam talian - Gambar hiasan 123rf. (Gambar kecil: M Kumar)

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, individu berusia sekitar 40-an yang membuat laporan polis semalam itu mendakwa pekerjaan tersebut ditawarkan di media sosial pada 26 Mac lepas.

Beliau berkata, mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan dengan komisen sebanyak 25 peratus daripada hasil jualan semula produk terbabit.

"Kemudian, mangsa yang berminat bertindak memindahkan wang berjumlah RM1.1 juta ke 22 akaun bank berbeza bermula 28 Mac hingga 13 Jun bagi tujuan urusan jual beli barangan untuk mendapatkan komisen.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen seperti yang dijanjikan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved