Peniaga rugi lebih RM200,000 ditipu pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2024 • 1:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 14 OKT: Seorang peniaga mengalami kerugian RM244,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 35 tahun ini tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan atas nama Efinity Capital yang menawarkan keuntungan lumayan sebanyak lima hingga 300 peratus daripada modal dilaburkan melalui Facebook, pada Julai lepas.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan bernama ECMT Pro melalui pautan diberikan. Dalam tempoh 21 Ogos hingga 3 Okt, mangsa telah memindahkan sejumlah RM244,000 dengan 11 kali transaksi ke tiga akaun bank berbeza.

“Mangsa mula menyedari ditipu setelah tidak menerima sebarang keuntungan daripada suspek. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Yahaya menasihati orang ramai tidak mudah percaya kepada pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved