Peniaga rugi RM1.1 juta, terperdaya tawaran kerja tak wujud

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2025 • 10:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 23 JUN: Peniaga kerugian RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata individu berusia sekitar 40-an yang membuat laporan polis semalam itu mendakwa pekerjaan tersebut ditawarkan di media sosial pada 26 Mac lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan dengan komisen 25 peratus daripada hasil jualan semula produk terbabit.

“Kemudian, mangsa yang berminat bertindak memindahkan wang berjumlah RM1.1 juta ke 22 akaun bank berbeza bermula 28 Mac hingga 13 Jun bagi tujuan urusan jual beli barangan untuk mendapatkan komisen.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen seperti dijanjikan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved