Peniaga terpaksa berputih mata, bazar Ramadan dilanda ribut

7 Mar 2026 • 8:24 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

CYBERJAYA – Beberapa peniaga bazar Ramadan di sekitar Plaza Crystalville di sini berdepan detik mencemaskan apabila khemah perniagaan mereka diterbangkan ribut petang tadi.

Berdasarkan perkongsian video di laman sosial Threads, beberapa peniaga dilihat cuba menahan khemah daripada diterbangkan. Seorang pengguna, Not.vixx, mendoakan agar semua peniaga dipermudahkan urusan selepas kejadian itu.

Kejadian ribut yang sama turut dilaporkan berlaku di Cybersouth, Putrajaya dan Glomac, Cyberjaya. Video yang dikongsikan memaparkan sebuah kereta dihempap pokok, namun keadaan pemilik masih belum dapat disahkan. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved