Peniaga Wanita Bertudung Dikecam Sarung Pad Ketika Live

15 Aug 2025 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia peniaga Pad

Sebuah video live di TikTok mencuri perhatian ramai apabila dua wanita dilihat mempromosikan produk tuala wanita sambil memakainya di luar seluar.

Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap cara tersebut tidak sesuai dan tidak menjaga maruah.

“Macam-macam cara niaga sekarang”

image is not available

Rakaman berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan wanita tersebut tersenyum sambil mempamerkan tuala wanita dipakainya ketika sesi jualan.

Seorang lagi wanita bertudung turut kelihatan dalam video berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai komen negatif di media sosial.

Netizen anggap tidak senonoh

Seorang pengguna media sosial menulis, “Masalahnya dieorg ni takde keluarga ke? Takde suami? Takde abang? Takde adik lelaki? Takde kawan rapat? Ya Allah mana maruahmu wahai wanita2 sekalian alammmmmmm.”

Seorang lagi meluahkan rasa pelik kerana konten seperti itu tidak disekat, sedangkan peniaga lain yang berniaga secara sopan lebih cepat dikenakan tindakan.

Selain itu, ada yang menganggap cara promosi itu keterlaluan dan mengarut, malah menyeru orang ramai untuk membuat laporan agar konten sebegini diharamkan daripada platform tempatan.

Pssttt! Promosi kreatif itu bagus, tapi bila melibatkan batas kesopanan, ia boleh menjadi bahan kecaman. Tak salah berniaga, tapi biarlah cara yang menghormati sensitiviti masyarakat tempatan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.