Tindakan seorang lelaki memukul kepala seorang peniaga wanita menggunakan kasut mengundang kecaman ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di Facebook Kelab Info Malaysia, kejadian dipercayai berlaku di sebuah gerai di Sungai Pelek, Sepang.
Netizen gesa tindakan dikenakan
Perkongsian rakaman tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata mengecam tindakan lelaki berkenaan.
Mereka turut menggesa agar laporan dibuat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap individu terbabit.
“Biadab betul. Kurang ajar spesies jantan dayus ni. Memalukan lelaki betul, ini kalau ada anak isteri mesti kaki bantai,” kata Siti Ruhaya.
“Buat laporan dik jangan biar orang begini. Kalau aku buah kelapa itu hinggap muka dia dah,” kata Surina.
“Pasal kelapa je pun sampai kau pukul dan hina peniaga tu. Hebat sangat ke kau? Sila ambil tindakan pada manusia durjana ni… patut diajar ni,” kata Amry.
Setakat maklumat yang dikongsikan, kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan netizen yang mahu tindakan diambil terhadap lelaki tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“One Final Dubai Diary” - Cetus Spekulasi, Netizen Persoal Rumah Tangga Athisha Khan
The post Peniaga Wanita Dipukul Dengan Kasut Di Kepala, Tindakan Lelaki Cetus Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] Kecoh di Threads aksi ‘Polis Evo’ di MEX](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-31-at-8.31.20-PM-1024x607.jpeg)

