[VIDEO] Kecoh di Threads aksi ‘Polis Evo’ di MEX

31 Oct 2026 • 8:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kecoh di Threads aksi ‘Polis Evo’ di MEX

PETALING JAYA – Pengguna media sosial kecoh apabila tular rakaman memaparkan beberapa kereta peronda polis dengan lampu amaran biru menyala di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), dipercayai terlibat dalam satu kejadian mengejar sebuah van petang tadi.

Kejadian itu menarik perhatian pengguna Threads selepas beberapa individu berkongsi rakaman dan mempersoalkan apa yang sebenarnya berlaku di lebuh raya berkenaan.

Pengguna Threads @piahdnan mendakwa kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.35 petang tadi ketika kenderaan polis dilihat mengejar sebuah van.

“Kejadian di Lebuh Raya MEX. Main kejar-kejar pula. 6.35 petang,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna @a.qistiina turut memuat naik rakaman kejadian itu sambil bertanyakan sama ada individu terbabit sudah ditahan pihak polis.

“Apa kes ni? Dah kena tangkap ke?” soalnya.

Sementara itu, pengguna Threads @jt.jh_official mendakwa individu berkenaan sudah ditahan ketika berada di hadapan stesen Transit Aliran Deras (MRT) Cyberjaya Utara.

“Dah sis. Dekat depan MRT Cyberjaya Utara tadi,” katanya membalas pertanyaan tersebut.

“Apa kes (lebuh raya) MEX petang ni? Dah macam file Polis Evo. Tolong info tolong info!,” kata @zun9_.

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai punca kejadian, identiti individu terlibat serta dakwaan penahanan tersebut setakat ini. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Kecoh di Threads aksi ‘Polis Evo’ di MEX appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved