Peniaga warga emas masih gigih buka gerai, masak & hantar sendiri ‘order’ ke pelanggan

LocalFood
8 Jan 2025 • 11:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Peniaga warga emas

Sejak beberapa hari ini, tular di media sosial berkenaan peniaga warga emas yang masih gigih membuka gerai tanpa pekerja.

Bermula dengan satu ciapan di X, sebuah gerai di Medan Selera Raja Muda Abdul Aziz telah mendapat perhatian susulan dan dipenuhi orang ramai walaupun sebelum ini ia agak lengang.

@daruslantak

Nasi Goreng Ayam sini sedap… Jom Support Pakcik dengan Makcik ni niaga dekat Medan Selera Jalan Raja Mudah Abdul Aziz Kg Baru KL gerai No 16

♬ original sound - Daruslantak - Daruslantak

Peniaga warga emas masih bersemangat berniaga makanan

Menerusi posting yang dibuat akaun TikTok dikenali sebagai daruslantak, dia telah memuat naik video sewaktu mengunjungi gerai yang diusahakan pasangan adik beradik warga emas tersebut.

Ujarnya, nasi goreng yang disediakan mereka cukup sedap dan makanan tersebut dihantar sendiri oleh pak cik terbabit.

image is not available

Peniaga warga emas dah buka gerai sejak 1995

Dalam pada itu, TikToker berkenaan juga sempat bertanya serba sedikit berkenaan perniagaan pak cik tersebut dan dia menyatakan sudah mula berniaga sejak tahun 1995 lagi.

Ada juga yang meinggalkan komen mengatakan mereka menjalankan perniagaan bertiga dan makcik yang berada di dapur adalah adik beradiknya.

image is not available

Ramai kata nasi goreng sedap, tak kedekut nasi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyatakan hasrat mahu mengunjungi gerai pak cik tersebut kerana ingin menikmati masakannya serta memberikan sokongan supaya mereka mendapat rezeki lebih.

Walau bagaimanapun, mereka turut memberi pesan kepada pelanggan supaya bersabar dan tidak menunjukkan perilaku kurang sesuai kerana pakcik terbabit hanya bekerja berdua serta kondisi mereka yang sudah berusia.

image is not available

Lepas ni kalau lambat jangan marah2 tau. Kena faham keadaan mereka

image is not available

Pakcik ni tak guna QR tau

image is not available

Mereka berniaga bukan kerana wang ringgit

image is not available

Semoga perniagaan pak cik dan mak cik terus dipermudah dan orang ramai dapat menyokong perniagaannya.

Sumber: TikTok daruslantak