Bapa Terkilan Anak & Menantu ‘Lesap’, Terpaksa Tanggung Hutang Ah Long RM 200K

Entertainment
8 Jan 2025 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang warga emas dari Iskandar Puteri, Johor terpaksa menanggung bebanan hutang Ah Long selepas anak tunggal dan menantunya gagal melunaskan pinjaman kira-kira RM 200,000.

Kata Khoo, 63, dia menyedari yang anaknya ghaib bersama keluarga apabila dia pulang ke rumah dari hospital yang terletak di Taman Bukit Indah pada OKtober lalu.

“Saya pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan usus. Saya dirawat selama 10 bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.”

“Apabila sampai di rumah, anak dan menantu termasuk dua cucu yang berusia dua dan empat tahun yang tinggal bersama-sama saya sebelum ini sudah tidak ada.”

“Beberapa barang dan pakaian mereka juga sudah tidak ada. Saya bingung tidak tahu apa yang berlaku.”

Kata bekas pemandu teksi ini lagi, dia didatangi oleh beberapa Ah Long ke rumahnya untuk menuntut wang pinjaman. Mereka mendakwa, anaknya telah meminjam wang dan memintanya untuk melunaskan pinjaman yang berjumlah lebih RM 200,000.

“Bukan sahaja along datang ke rumah tetapi juga ada along lain yang menelefon mahukan saya membayar hutang anak saya.”

“Semua along mengugut mahu merosakkan kereta dan rumah saya jika tidak membayarnya.”

image is not available

Bimbang dengan keselamatan dirinya, Khoo bertindak membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari pada 31 Disember lalu. Katanya, anaknya yang berusia 27 tahun yang pernah bekerja di kedai makan di Singapura pernah juga meminjam Ah Long di situ.

Katanya, dia tidak pasti sama ada anaknya sudah melunaskan hutang Ah Long di Singapura atau yang di Malaysia tetapi barang kemas, kereta dan motosikal anaknya sudah diambil peminjam wang tidak berlesen itu.

Disebabkan itu, isterinya yang bekerja sebagai seorang pelayan di Singapura juga tidak berani nak pulang ke rumah akibat ancaman Ah Long itu.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.