Pening dan loya di tempat tinggi?

Health & Fitness
28 Apr 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Pening dan loya di tempat tinggi?
Gambar: Public Health M'sia

“Baru sampai tempat percutian yang cantik, tiba-tiba kepala berdenyut. Badan rasa lemah. Perut mula loya. Malam pula susah tidur."

Kalau anda baru naik ke kawasan tempat tinggi (ketinggian sekitar 2,500 meter ke atas), itu mungkin amaran badan anda sedang bergelut dengan 'Acute Mountain Sickness' (AMS).

.

AMS berlaku apabila badan belum sempat menyesuaikan diri dengan tekanan udara yang rendah dan paras oksigen yang sangat nipis. Otak dan paru-paru anda sedang 'terkejut' dan perlukan masa untuk belajar bernafas dalam persekitaran baru ini

Sebab itu orang yang nampak sihat, muda, dan sado pun boleh tumbang terkena AMS. Ia bukan isu stamina atau mental lemah, ia isu FIZIK.

.

TANDA AWAL AMS:

🏔️ Sakit kepala dan pening.

🏔️ Loya, muntah

🏔️ Cepat letih dan susah tidur.

.

TANDA BAHAYA KECEMASAN (RED FLAGS)

Jika pesakit mula tunjuk tanda di bawah, JANGAN 'tunggu dan lihat'. Terus turun ke altitude lebih rendah dan cari bantuan perubatan segera

🚨 Sangat keliru dan merapu.

🚨 Jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk.

🚨 Sesak nafas walaupun sedang duduk rehat!

🚨 Batuk teruk dan bibir bertukar kebiruan.

.

TIPS PENCEGAHAN SEBELUM TRAVEL

✅ Naik secara perlahan-lahan. Jangan gopoh kejar 'itinerary'!

✅ Elakkan aktiviti lasak pada hari pertama dan JANGAN minum alkohol.

✅ Bincang dengan doktor perubatan untuk ubat pencegahan (seperti Acetazolamide) jika perlu, jangan pandai-pandai beli sendiri.

Gunung boleh tunggu. Gambar pemandangan mahal boleh diambil kemudian. Tapi otak dan paru-paru kita tidak boleh dipaksa. Rehat, pantau, dan turun jika makin teruk.

#PublicHealthMalaysia #TravelSihat #AltitudeSickness #KesihatanTravel #PenyakitGunungAkut #InfoKesihatan #FaktaPerubatan #OksigenNipis #TipsTravel #KesihatanAwam


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.