“Pening kepala aku” – [VIDEO] Hadir Konsert AR Rahman, Influencer Post Komen Rasis

Entertainment
30 Jan 2023 • 6:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita dikecam teruk berikutan dengan perkongsiannya ketika menghadiri konsert penyanyi terkenal dari India, AR Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Januari lepas.

Dalam perkongsian wanita itu, dia telah membuat satu posting berbaur perkauman dan ia mendatangkan kemarahan warganet di Malaysia yang berbilang kaum ini.

 

“Pening dengar lagu kel*ng ni”

Sepanjang konsert berlangsung sudah semestinya ia dipenuhi dengan lagu-lagu AR Rahman yang berbahasa Tamil, namun begitu, pastinya akan ada penonton Malaysia berlainan bangsa datang untuk menyaksikan konsert penyanyi yang turut terkenal dengan lagu Jai Ho itu.

Ia jadi semakin ghairah apabila ada penampilan khas iaitu penyanyi nombor satu negara yang mendendangkan lagu Tamil pada hari tersebut. Namun begitu, saat menunggu kemunculannya posting daripada seorang wanita ini membuatkan ramai rakyat Malaysia bengang.

image is not available

Posting yang berbaur perkauman dari IG Story itu telah tular ke Twitter milik Kesavan Vekraman dan meraih lebih 3,980 jumlah retweets dalam masa 6 jam, di ruangan komen, ada warganet mewakili bangsa Melayu yang meminta maaf kepada individu ini, bagaimanapun Kesavan menyifatkan ia bukanlah salah komuniti tetapi wanita ini yang bermasalah.

Malah, ada juga yang menyifatkan perkongsian yang dianggap tiada sensitiviti itu sebagai satu hinaan.

 

Pergi konsert AR Rahman kau nak expect apa? Lagu K-pop? – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Itu sebab lah agama kita ada ajar, kalau tak suka dengan sesuatu itu, lebih baik diam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.