Pening kepala dengan masalah tikus, ini beberapa kaedah terbaik untuk halau haiwan perosak itu

7 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
halau tikus

MASALAH kacau ganggu haiwan perosak seperti tikus atau ‘Cik Ti’ di dalam rumah memang satu isu yang boleh membuatkan kita pening kepala.

Bukan saja merosakkan stok makanan, perabot dan wayar elektrik, kita turut berisiko berdepan penyakit bawaan haiwan tersebut yang tak boleh dibuat main.

Jika satu dua ekor boleh juga diumpan dengan perangkap tikus, tapi bayangkan jika sudah beranak-pinak di dalam rumah?

Kadang-kadang, kita jadi bertambah gerun bila lihat saiz tikus lagi besar berbanding kucing.

Disebabkan masalah seumpama itu tak pernah surut, seorang pengguna TikTok yang prihatin berkongsikan petua untuk menghalau ‘Cik Ti’ daripada bermaharajalela.

image is not available

Menurut penama akaun Fundivekhirul, haiwan berkenaan paling tak suka bau teh.

Sebab itu, uncang teh jangan terus dibuang selepas digunakan. Boleh letak bekas tersebut pada lubang atau laluan tikus.

image is not available

Satu lagi bau cuka. Sedangkan kita sendiri rasa tak selesa jika terbau cuka yang menyengat, inikan pula binatang yang mempunyai deria bau yang sangat sensitif.

Hanya sembur di kawasan yang anda syak menjadi tempat kegemaran tikus berkumpul dengan kerap. Perlu buat dengan konsisten ya supaya ‘perangkap’ kita menjadi.

image is not available

Selain Fundivekhirul, seorang lagi pengguna TikTok, Mohd Firdaus Ishak mencadangkan menggunakan lada hitam.

Senang sahaja, tabur lada hitam yang sudah ditumbuk kasar di laluan tikus.

DAUN PALING DIBENCI

Menamakan dirinya sebagai Akak Payung Kuning dalam laman TikTok, beliau ‘belanja’ kita semua untuk halau si tikus dengan menggunakan daun jer.

Beliau menyenaraikan tiga jenis daun yang sangat dibenci makhluk perosak tersebut seperti berikut:

image is not available

1. Daun pandan
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Pada masa sama, tikus juga tidak menyukai daun pandan.

2. Daun semambu
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ia juga boleh merawat demam.

3. Daun durian belanda
Caranya hanya letak beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Memang boleh buat tikus lari.

image is not available

Banyak idea menarik yang boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah tikus di dalam rumah.

Jikalau semua petua tak menjadi, solusi seterusnya adalah dengan membeli serai wangi. Kita spend sikitlah macam tu, tapi demi bebas daripada ‘Cik Ti’ rasanya ok saja kan?

image is not available

Okey, selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.