Peningkatan aktiviti huluan Petronas, Velesto, Dialog jadi pilihan utama Maybank IB

Business & Finance
4 Jun 2024 • 9:41 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Peningkatan aktiviti huluan Petronas, Velesto, Dialog jadi pilihan utama Maybank IB

herman

04/06/2024 - 09:41

KUALA LUMPUR 4 Jun - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan saranan Positif terhadap sektor minyak dan gas negara dengan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) meramalkan permintaan minyak mentah bakal mencatat rekod tinggi pada tahun 2024-2025.

Menurut firma penyelidikan itu, persekitaran harga minyak mentah yang tinggi akan berterusan dalam tempoh sederhana sekaligus menyokong sektor ini dengan andaian dalaman harga purata jualan Brent sebanyak AS$82 setong untuk 2024 (YTD: AS$83.50/bbl).

Pilihan 'Beli' teratas dalam sektor ini adalah Velesto Energy Berhad dan Dialog Group Berhad, kata Maybank IB dalam nota penyelidikan.

"Capex domestik Petronas pada suku pertama tahun 2024 (1Q24) meningkat kepada RM5.5 bilion (+20% YoY), lebih tinggi lagi dari dasar yang sudah diperbaiki pada 1Q23 (+44% YoY dari 1Q22).

"Ini menunjukkan bahawa Petronas komited utuk memupuk ekosistem industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan yang kukuh dalam tempoh persekitaran harga minyak mentah yang sihat dan tinggi," jelasnya.

Tambah Maybank IB, Petronas mencatatkan keuntungan bersih teras (CNP) 1Q24 sebanyak RM18.3 bilion (+2% QoQ, -14% YoY) walaupun harga purata Brent yang hampir serupa sebanyak AS$82 satu tong pada 1Q24 dengan 1Q23.

Katanya, ini menunjukkan CNP Petronas 1Q24 menurun sebanyak -14% YoY dan ini disebabkan antaranya kos yang lebih tinggi dan opex; kadar cukai yang lebih tinggi.

"Margin EBIT menyusut -2.7 ppts YoY dan kini kami melihat tanda-tanda pengecilan margin. Kami percaya bahawa ini mungkin disebabkan oleh inflasi kos yang dilihat dalam sektor minyak dan gas (iaitu kadar penyerahan perkhidmatan OGSE yang lebih tinggi)," ujarnya.

Sementara itu, Maybank IB berkata, dengan komitmen dividen yang lebih rendah sebanyak RM32 bilion untuk 2024, ditambah dengan jangkaan terhadap harga purata minyak mentah Brent sebanyak AS$82 setong, capex domestik Petronas kemungkinan akan lebih tinggi pada 2024E.

"Pada akhir Mac 2024, Petronas mempunyai kedudukan tunai bersih sebanyak RM98.2 bilion (daripada RM96.9 bilion pada akhir Disember 2023)," jelasnya.- DagangNews.com