Tiada lagi 'Plantation', SD Guthrie pelbagai perniagaan daripada sawit kepada tenaga boleh baharu - Maybank IB

Business & Finance
4 Jun 2024 • 11:08 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tiada lagi 'Plantation', SD Guthrie pelbagai perniagaan daripada sawit kepada tenaga boleh baharu - Maybank IB

herman

04/06/2024 - 11:08

KUALA LUMPUR 4 Jun - Perubahan nama Sime Darby Plantation kepada SD Guthrie dengan menghapuskan "Plantation" menandakan niat konglomerat itu untuk melakukan diversifikasi atau mempelbagaikan perniagaan daripada kelapa sawit ke dalam tenaga boleh baharu (RE).

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, penglibatan SD Guthrie dalam sektor RE adalah bagi memanfaatkan "kuasa" potensi tanah miliknya.

Menurut firma penyelidikan itu, Kumpulan itu juga berminat dalam pembangunan taman industri hijau yang akan dibangun di atas tanahnya dimulai dengan Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) yang masih dalam tahap perancangan di Perak.

"Untuk solar, SD Guthrie merancang untuk mengambil bahagian dalam projek solar berskala besar 5 (LSS5) serta TPA (sistem akses pihak ketiga) dengan tujuan untuk mengumpulkan kapasiti sebanyak 1GW dalam masa 5 tahun.

"Berdasarkan pengiraan kasar kami, kapasiti 1 gigawatt (GW) boleh membawa pendapatan berulang sebanyak RM134 juta - RM266 juta setiap tahun, atas 1,500-1,700 hektar tanahnya.

"Ini merupakan pulangan 33 kali hingga 74 kali ganda lebih tinggi daripada purata keuntungan operasi kelapa sawit sebanyak RM3,253 per hektar dalam 10 tahun lalu," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

image is not available

Menurut firma penyelidikan itu, tanah ialah modal terbesar SD Guthrie dan ia berhasrat untuk memaksimumkan nilai tanahnya dan memperlahankan penjualan tanah secara langsung.

"Sebagai permulaan, sasaran SD Guthrie adalah untuk mengembangkan kapasiti solarnya kepada 1GMW dalam masa lima tahun yang merupakan pengubah keadaan.

"Mengikut anggaran kami, 1GW solar berpotensi membawa masuk pendapatan berulang sebanyak RM134 juta-RM266 juta setahun (atau +8%-17% daripada ramalan EPS FY26E kami).

"Kami positif dengan model baharu ini. Keputusan 1Q24 datang dalam jangkaan kami tetapi di bawah ramalan pihak lain," jelasnya. - DagangNews.com