Peningkatan institusi tadika swasta dapat pujian

16 Feb 2024 • 1:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Barizah Mohd Kahar memuji peningkatan yang telah dicapai oleh institusi tadika swasta di daerah ini dan menggesa agar mereka meneruskan kecemerlangan tersebut di masa hadapan.

“Tahniah buat 11 buah sekolah kerana dapat bergabung dan tahniah kepada anak-anak yang baik dan cerdik ini yang bakal memasuki tahun 1 pada Mac 2024. Tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan begitu cemerlang.

“Seramai 148 orang murid tadika seluruh daerah Ranau menerima Sijil Tamat Tadika pada kali ini dan dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua murid yang akan menerima sijil pada kali ini.

“Begitu juga, jutaan terima kasih kepada para ibu bapa, guru-guru, seluruh warga Institusi Pendidikan Swasta Daerah Ranau dan juga jawatankuasa majlis yang telah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan majlis kita pada kali ini berjalan dengan lancar,” kata beliau.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Barizah berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tadika Majlis Gabungan Tadika-Tadika Swasta Daerah Ranau Kali Ke-8 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Tambah beliau, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Institusi Pendidikan Swasta jelas dalam meningkatkan pengambilan murid melalui inisiatif #104 dan pengurusan IPS yang berkualiti.

“Ini merangkumi mendapatkan permit-permit yang berkenaan setiap tahun. Jadi tahniah kepada semua pengusaha tadika swasta yang telah memenuhi semua kriteria yang diperlukan,” katanya.

“Kita amat mengharapkan agar apa yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 dapat dipatuhi dan dipenuhi sepenuhnya untuk pengoperasian Institusi Pendidikan Swasta khususnya tadika-tadika swasta di daerah Ranau. Tahniah dan Terima kasih kepada semua tadika swasta daerah Ranau,” tambahnya.

Barizah turut menegaskan bahawa anak-anak adalah aset yang amat penting dalam pembangunan negara, justeru mereka mesti mendapat akses kepada pendidikan secara langsung mahupun tidak langsung melalui kemudahan pendidikan yang akan menyediakan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang cukup berkesan dalam hidup mereka kelak.

“Pengalaman tersebut akan memberi kesan dalam memantapkan potensi individu. Oleh itu, majlis tamat tadika seperti ini adalah satu wadah yang akan membentuk pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga buat mereka.

“Semoga semua anak-anak yang melalui Majlis Tamat Tadika pada hari ini akan terus menjadi insan yang berguna dan cemerlang sehingga ke universiti kelak”.

“Kami di Pejabat Pendidikan Daerah Ranau mengharapkan agar anak-anak ini akan mendapat Pendidikan yang lebih tinggi dan seterusnya dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara,” kata beliau.

Menurutnya lagi, terdapat 71 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah yang sentiasa mengalu-alukan anak-anak yang akan tamat tadika pada kali ini.

“Semoga majlis ini dapat memberikan galakan dan impak yang terbaik bagi semua yang terlibat dan semoga anak-anak yang akan menerima sijil tamat tadika akan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,” jelas beliau.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Ranau Vincent Sabin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, PPD Ranau Sandy Kariki, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Menengah dan Tingkatan Enam, Menjalankan Tugas Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Ranau, Jenuil Makinda, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Institusi Pendidikan Swasta dan IPS, SPS, PPD Ranau Dr. Siti Aisyah Binti Mat Saad, Guru Besar Tadika Wawasan mewakili Pengerusi Majlis Gabungan Tadika-Tadika Swasta Daerah Ranau, Jetty Tham, Guru Besar Tadika Pedoman Hikmat merangkap Pengerusi Program Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tadika, Dominika Juanis dna lain-lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.