
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar baru-baru ini, Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan 5 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 49 kawasan kualiti udara sederhana dan 14 stesen mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat.
Dalam masa yang sama, udara dalam negara semakin merosot dan terdapat peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Artikel berkaitan : “Guna delivery apa?” – Netizen Terhibur Bila Media Indonesia Kata Banjir ‘Kiriman’ Malaysia
Artikel berkaitan : “Claim semua kecuali jerebu” – Netizen Bengang Indonesia Nafi Kebakaran Hutan Punca Jerebu Di Malaysia
Sementara itu, Peta Jerebu Serantau yang dikeluarakn oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang dikeluarkan 1 Oktober 2023 melaporkan rantau ASEAN mengalami keadaan mendung kecuali selatan Kalimantan, Jawa dan Kepulauan Sunda Kecil yang mengalai keadaan kering.

Pendedahan terhadap jerebu boleh menyebabkan batuk, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru selain akan menyebabkan kepenatan dan badan berasa lemah.
Presiden Persatuan Ahli Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menyarankan penggunaan pelitup muka N95 yang memberikan lebih perlindungan yang lebih baik terhadap asap berbanding pelitup muka pembedahan.
“Pelitup (N95) lebih elok, sebab dia akan tapi partikel kecil yang terdapat dalam jerebu”
Dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan yang pelitup muka (pembedahan) tidak menawarkan perlindungan yang sama tetapi sekiranya orang ramai ingin menggunakannya, lebih baik gunakan dua pelitup muka jenis tersebut.

Tambahnya lagi, penggunaan dua pelitup muka adalah sama seperti apa yang pernah digunakan ketika kemuncak pandemik Covid-19 dahulu yang mana orang ramai menggunakan pelitup muka pembedahan untuk lapisan pertama dan pelitup muka kain untuk lapisan kedua.
Pun begitu, walaupun pelitup muka pembedahan tidak seefektif seperti pelitup muka N95, pakar berpendapat ia tetap akan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh jerebu kerana ia akan bertindak sebagai halangan kepada partikel daripada terus memasuki mulut ataupun hidung.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, dalam satu kenyataan berkata beberapa langkah akan diambil di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, berikutan kualiti udara yang semakin merosot di Malaysia.
Bacaan IPU yang berkisar antara 100 dan 200 dianggap tidak sihat, kerana udara boleh “memburukkan keadaan kesihatan orang berisiko tinggi, terutamanya mereka yang mempunyai komplikasi jantung dan paru-paru”.
Sumber : TwentyTwo13
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

