Peningkatan Penggunaan Tenaga Elektrik Di Pusat Data Bukan Kerana AI Semata-mata – Ketua Saintis Google

TechnologyDigital
18 Jul 2024 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa laporan kini telah dikeluarkan tentang bagaimana pada skala global, pusat-pusat data yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat teknologi seperti Google dan Microsoft sedang menggunakan lebih banyak tenaga daripada negara-negara yang menggunakannya untuk memberikan rakyat mereka hidup yang selesa.

Malah, Google sendiri mengeluarkan laporan yang memperlihatkan peningkatan penggunaan kuasa yang mendadak sejak 2019, tetapi masih memperlihatkan bahawa pusat-pusat data ini masih akan cuba untuk dikuasakan oleh bekalan tenaga lestari menjelang 2030.

Walaupun begitu, Ketua Saintis Google, Jeff Dean mengatakan walaupun laporan tersebut mengeluarkan butiran tentang penggunaan tenaga elektrik pusat-pusat data mereka, ia tidak mencerminkan keadaan sebenar penggunaan mesin-mesin pelayan ini.

Beliau mengatakan bahawa ia benar bahawa peningkatan penggunaan tenage elektrik kerana AI adalah benar, akan tetapi, apabila dilihat secara keseluruhan, pecahan penggunaan tenaga elektrik oleh teknologi ini sebenarnya adalah lebih kecil berbanding dengan sebab-sebab lain.

Cuma, apabila pecahan ini ditambahkan kepada jumlah penggunaan kuasa pusat data, ia mungkin dikelirukan sebagai AI menjadi penyebab peningkatan tenaga elektrik yang digunakan.

Beliau berkata lagi, teknologi pembelajaran mesin dan AI dilihat akan membantu Google dalam merealisasikan impian mereka untuk mempercekapkan penggunaan tenaga elektrik pusat data mereka, tapi buat masa ini, pembangunan algoritma dan pembelajaran mesin diperlukan untuk memastikan sistem AI yang sedang dibangunkan boleh memanfaatkan orang ramai di masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved