Peninju Muay Thai Bersara Awal Sebab Rasa Bersalah Lawannya Mati Kena Siku

Entertainment
27 Jul 2022 • 12:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peninju Muay Thai Perancis, Anthony Durand mengumumkan persaraannya daripada sukan tinju itu berhubung dengan kematian lawannya Phanphet Phadungchai.

Mereka berentap pada 15 Julai lalu di Stadium Tentera Udara Thupatemi di wilayah Pathum Thani, Thailand. Dalam perlawanan itu, hentakan Durand telah menyebabkan lawannya rebah ke lantai sebelum kepalanya terhantuk kuat ke kanvas.

Phanphet kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bangkok dan didapati mengalami pendarahan otak akibat hentakan itu sebelum meninggal dunia, lapor Daily Star.

image is not available

Pada mulanya, doktor mengatakan bahawa Phanphet berada dalam keadaan ‘mati otak yang tak boleh pulih’, dia bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan selama 9 hari.

Oleh sebab itu, Durand mengambil keputusan untuk bersara sebagai peninju selepas mengetahui berita yang mendukacitakan itu.

Pengunduran Durand itu diumumkan menerusi Facebook miliknya sempena memberi penghormatan kepada keluarga Phanphet.

“Saya sedar saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Ia satu kejutan besar, mungkin dia menerima banyak pukulan sebelum pertarungan itu.”

“Ia tidak dapat diterangkan tetapi ini adalah takdir dan saya tidak mempunyai hak untuk menentangnya. Saya hanya berharap dia bersemadi dengan aman sekarang dan saya komited kepada ibu, isteri dan anak perempuannya untuk menyumbang secara kewangan sehingga mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak memerlukan pertolongan lagi.”

image is not available

“Ini adalah pertarungan ke-28 saya tetapi ia adalah yang terakhir. Saya tidak akan kembali, Terima kasih kepada semua orang yang telah berada di sana sejak kemunculan pertama dan saya minta maaf kerana saya tahu bahawa beberapa orang telah banyak berkorban untuk melihat saya di puncak.”

Berita mengenai kematian Phanphet menggegarkan negara Thailand dan satu kejutan besar buat sukan itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article