Penipu Katering Majlis Kahwin Masih Belum Dikesan, Suami Pula Hilang

Entertainment
4 Jan 2024 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung bulan lalu, satu kes penipuan pakej perkahwinan menjadi tular di media sosial. Kes berkenaan bermula apabila pihak katering menghilangkan diri sebelum majlis sehingga menyebabkan keluarga pengantin perlu menyediakan makanan untuk tetamu sendiri.

Pihak polis kini masih lagi giat mencari dalang kes tersebut yang merupakan seorang wanita berusia 40 tahun yang telah menipu pengantin perempuan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook memberitahu usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil kerana si suami dipercayai turut menghilangkan diri.

“Setakat ini, kita ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek,” katanya.

Selain itu, pihak polis juga meminta jika ada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil dan hubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli ditalian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.

Sebagai info, kes tersebut berlaku pada 24 Disember tahun lalu dan seisi keluarga pengantin terpaksa menanggung kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.