Penjaga Blake Masuk Islam – “Pemergian Mu Beri Hikmah Untuk Aku Berhijrah”

25 Sep 2023 • 10:57 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang Kali akibat barah limfoma tahap empat.

Bagaimanapun, meskipun kematian Blake yang banyak berjasa dalam misi menyelamat mangsa bencana masih diratapi penjaganya, Salbuddin Salleh menganggap semua perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Salbuddin di laman TikToknya, berkongsi foto saat beliau mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu, dua hari yang lepas.

@iraqmantul

#fypシ゚viral Syukur Alhamdulillah..Semuanya dipermudahkan

♬ Allah Allah Aghisna – Rivy Kamila

“Pemergian mu Blake memberi himah kepada ku untuk berhijrah, syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Salbudin, 34, melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam bersaksikan bapa saudara dan sepupunya.

image is not available

Netizen turut sebak, bersyukur

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang dilakukan Salbuddin yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar perjalanan Salbuddin sebagai mualaf baharu dipermudahkan dan sentiasa istiqamah dalam mempelajari agama Islam secara mendalam.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Blake tunggu di syurga

Malah, ramai yang menganggap berkat menjaga Blake adalah salah satu asbab Salbuddin memeluk agama Islam bahkan, haiwan tersebut akan menunggunya di syurga kelak.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Blake sudah berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun dan banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.

Antaranya, tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun, Yan, Kedah serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

image is not available

Sumber: TikTok @iraqmantul