Penjaga Gol Singapura Hassan Sunny Rayu Penyokong China Henti Beri Wang Sagu Hati

17 Jun 2024 • 4:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjaga Gol Singapura Hassan Sunny Rayu Penyokong China Henti Beri Wang Sagu Hati

SINGAPURA — Penjaga gol kebangsaan Singapura Hassan Sunny menggesa supaya penyokong bola sepak dari China berhenti memindahkan wang sagu hati kepadanya, lapor Mothership.

Hassan, 40, mendapat menerima sokongan luar biasa daripada penyokong China selepas menjadi penyelamat membolehkan China mara ke pusingan seterusnya, sekali gus mengekalkan impian Piala Dunia China.

Dalam perlawanan kelayakan Asia Piala Dunia 2026 antara Singapura dan Thailand pada 11 Jun lalu, penjaga gawang itu telah melakukan 11 penyelamatan serangan ke arah pintu golnya dari skuad Gajah Perang.

Meksipun Thailand menang 3-1 ke atas Singapura, namun China layak ke peringkat seterusnya apabila berada di tangga ke dua Kumpulan C, berkongsi mata dengan Thailand di kedudukan ke-3.

Difahamkan, selepas kod pembayaran QR gerainya, Dapur Hassan mula tersebar secara meluas dalam talian, beberapa individu didapati menyiarkan video dengan kod QR palsu.

Susulan itu, dia berharap semua orang dapat mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dan menyokongnya secara rasional.

“Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai penjaga gawang.

“Dari segi keputusan, permainan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tetapi saya bersyukur apabila menerima sokongan seperti ini daripada negara lain,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga gol itu berhasrat untuk mendermakan wang yang diterimanya daripada penyokong bola sepak China.

“Sudah tentu saya akan menderma wang itu.

“Apabila saya menerima sejumlah wang yang bukan milik saya, saya mesti mendermanya kembali,” ujar Hassan selepas sesi latihan bersama kelabnya, Albirex Niigata Singapura, di Stadium Jurong East pada Khamis lalu.

Dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026, Singapura menduduki tangga tercorot Kumpulan C dengan mengumpul satu mata daripada enam perlawanan yang dimainkan.

Sumber: Mothership

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved