Penjaga Parkir Dikatakan Mirip Penyanyi Bruno Mars Jadi Perhatian

Entertainment
13 Jul 2024 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan tentang seorang gadis dari Thailand yang mempunyai wajah mirip dengan Lisa Blackpink, kali ini seorang lelaki dari Indonesia pula dikatakan mempunyai iras-iras dengan penyanyi Amerika Syarikat iaitu Bruno Mars.

Lelaki itu difahamkan bekerja sebagai seorang penjaga parkir dan dia sempat dirakam oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai spiyooonnnn baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama tujuh saat itu, dapat dilihat lelaki berkenaan sedang bekerja sebagai penjaga parkir ketika dirakam.

Tidak dinafikan wajahnya memang ada iras-iras dengan penyanyi Bruno Mars yang popular dengan lagu Talking to the Moon dan Leave the Door Open itu.

Rata-rata warganet juga bersetuju bahawa lelaki tersebut memang ada iras dengan Bruno Mars sehingga ada yang mahu memanggilnya dengan nama Mas Bruno.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.