
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana menjual telefon bimbit curi.
Gardo Abdul, seorang tukang masak, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, atas pertuduhan dikenakan ke atasnya pada Rabu.
Dia didapati melupuskan telefon bimbit curi itu dengan menjualnya pada jam 11 pagi pada 16 Okt, 2021 di Restoran Maimunah, Putatan.
Kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mahkamah memerintahkan Gardo yang hanya memiliki sijil kelahiran sebagai dokumennya, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai hukuman penjara.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 22 tahun didenda RM1,000 atau sebulan penjara kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.
Kamri Adam mengaku terlibat perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit pukul 3.05 petang pada 19 Feb tahun ini di premis tidak bernombor di Kg Warisan Inanam, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah diberitahu Kamri ditahan oleh polis semasa serbuan di tempat tersebut selepas dia dilihat terlibat perjudian dalam talian Mega566.
Kamri ditahan polis semasa Ops Dadu dijalankan di tempat terbabit.
Inspektor Suzie Kupit tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
