Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 32 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menyimpan sebuah kenderaan curi.
Roffer Asyur Joseph mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas kesalahan menyimpan sebuah Isuzu D-Max curi kepunyaan TBT Precast Sdn Bhd di kawasan parkir bawah tanah Aeropod Commercial Square, Jalan Kepayan, pada jam 5.45 petang, 13 Ogos lalu.
Pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Roffer menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.
Terdahulu, mahkamah diberitahu pihak pendakwaan bahawa Roffer ditangkap susulan siasatan polis berdasarkan laporan berkaitan dan dia kemudian membawa polis ke lokasi parkir bawah tanah di mana tempat kenderaan curi itu disembunyikan sementara menunggu untuk dijual.
Tidak diwakili, Roffer merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, sudah berkahwin serta mempunyai dua anak dan merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga.
Dia melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap perbuatannya dan menyatakan dia benar-benar malu dengan tindakannya.
Pihak pendakwaan memohon hukuman pencegahan.
Dalam kes berasingan, seorang pendatang tanpa izin berumur 37 tahun dihukum penjara dua bulan kerana mencuri di sebuah bangunan gereja.
Kasim Ibrahim mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan mencuri satu beg tasbih kecil di Katedral Sacred Heart, Karamunsing pada jam 8 pagi, pada 28 Julai.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda, dan bagi kesalahan berulang boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan, satu laporan dibuat oleh pengadu pada 28 Julai selepas satu beg yang mengandungi beg tasbih kecil, antara lain, didapati hilang dari Pejabat Pastoral katedral terbabit.
Bertindak atas maklumat, polis menyerbu sebuah rumah di Penempatan Kinarut pada jam 3.10 petang, 31 Julai, dan menemui barang-barang yang hilang berhampiran Kasim.
Kasim diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan dan seterusnya dirujuk ke Jabatan Imigresen.
Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah dan Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.