Penjara Narathiwat Nafi 6 Tahanan Warga Malaysia Dilayan Dengan Kejam

Entertainment
11 Nov 2024 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak enam warga Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita Kelantan ditahan dalam Penjara Narathiwat kerana kesalahan dadah, tular banyak kisah yang menakutkan mengenai suasana penjara terbabit.

Pun begitu, pihak Penjara Narathiwat menafikan dakwaan bahawan enam tahanan terbabit menerima layanan buruk di penjara itu.

Jurucakap Penjara Narathiwat menyatakan mereka diberikan layanan sama rata tanpa mengira kewarganegaraan.

Katanya, kesemua tahanan beragama Islam dibenarkan untuk solat dan diberi makanan halal yang disediakan oleh tukang masak beragama Islam sebanyak tiga kali sehari.

image is not available

Banduan Islam dibenarkan menutup aurat

Bagi banduan wanita Islam, mereka dibenarkan memakai tudung dan berbaju lengan panjang. Mereka kini ditempatkan di sel tahanan sementara dan dipisahkan antara lelaki dan perempuan kerana kes mereka masih dalam peringkat siasatan lanjut.

“Khabar angin bahawa tahanan dilayan dengan kejam adalah tidak tepat sama sekali,” katanya.

Malah, keluarga juga dibenarkan untuk datang melawat seminggu sekali dengan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian.

Penjara tersebut baru sahaja empat tahun beroperasi dan segala kemudahan masih baik berbanding penjara lama di tengah bandar Narathiwat.

“Penjara ini hanya menempatkan tahanan bagi kesalahan dadah, samun dan mendatangkan kecederaan sahaja berbanding di Penjara Songkhla yang menempatkan tahanan bagi kes berat seperti membunuh,” katanya.

Setakat ini, terdapat 30 tahanan warga Malaysia daripada jumlah keseluruhan 2,879 tahanan di penjara itu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.