
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun dipenjara 15 tahun dan diperintah dikenakan 10 kali sebatan rotan kerana merogol anak perempuannya.
Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki terbabit elepas dia mengaku bersalah merogol anak perempuannya yang berusia lapan tahun pada 3 Dis 2022 di sebuah kampung di Tongod.
AdvertisementLelaki itu ditahan selepas isterinya membuat laporan polis berhubung rogol itu.
Kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak manakala lelaki itu tidak diwakili.


