
Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 57 tahun dibebaskan daripada dua pertuduhan merogol seorang remaja.
Dua pertuduhan terhadap Ag Salleh Kurus ditarik balik di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, apabila pihak pendakwaan memaklumkan surat representasi telah diterima.
Mahkamah diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima arahan daripada Peguam Kanan Persekutuan, supaya kedua-dua pertuduhan terhadap Ag Salleh ditarik balik.
Mahkamah memerintahkan wang jaminan itu dikembalikan kepada Ag Salleh.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagi pertuduhan pertama, Ag Salleh didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu pada jam 6 petang pada awal Mei 2021 di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi pantai di pekan Kuala Penyu.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol remaja sama pada 7 malam pada 14 Mei 2021 di dalam sebuah bilik di pekan Kuala Penyu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman hadir untuk pendakwaan manakala peguam Rakhbir Singh mewakili Ag Salleh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
